Saturday 19 July 2014

KONSEP DAN CIRI NEGARA BERDAULAT

 NEGARA

 Suatu kelompok masyarakat yang mendiami sebuah wilayah fizikal yang mempunyai sempadan dan ditadbir atau diperintah oleh sebuah kerajaan

 Sebuah wilayah tertentu yang didiami oleh sesuatu bangsa dan mempunyai institusi pemerintah yang berkesan

 Satu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap dan diperintah oleh sesebuah kerajaan


 Berasaskan kepada takrifan di atas, dapat dirumuskan bahawa negara ialah penduduk yang menetap di sebuah wilayah yang mempunyai sempadan yang jelas dan mempunyai kerajaan yang sistematik atau tersusun.

NEGARA BERDAULAT

  Negara bebas daripada penjajahan kuasa asing

 Negara yang mempunyai kerajaan yang mampu mentadbir negara tanpa pengaruh kuasa-kuasa luar dan mempunyai perlembagaan sendiri

 Negara yang diiktiraf oleh negara luar kewibawaannya dan seterusnya mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa luar

 Negara mempunyai identitinya sendiri. Seperti ideologi,bendera, dan jata diri


SISTEM KERAJAAN

  Kerajaan

 Ditakrifkan sebagai sebuah badan atau institusi yang bertanggungjawab menjalankan fungsi -fungsi pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara


 Merangkumi semua badan yang menggubal, mentafsir dan melaksanakan sesuatu dasar demi pembangunan negara dan kebajikan rakyat